Friday, 14 December 2012

Surah An-'Am

FADHILAT SURAH AN-'AM


Riwayat daripada Jabir r.a daripada Nabi SAW bersabda ia : Barangsiapa membaca tiga(3) ayat daripada awal Surah An-'Am nescaya mewakil Allah Taala baginya empat puloh(40) Malaikat menyurat mereka itu baginya pahala seumpama ibadat mereka itu hingga hari Kiamat dan turun Malaikat daripada langit yang ketujoh(7) dan ada sertanya cemeti pemukul daripada besi.   Maka apabila berkehendak syaitan mewas-was akan dia atau hendak mencampak pada hatinya sesuatu,  maka dipukulnya akan dia dengan cemeti itu maka jadilah antaranya dengan syaitan itu tujoh puloh(70) hijab maka adalah pada hari Kiamat firman Allah Taala baginya berjalan oleh mu pada bayang-bayang Ku yakni bayang-bayang Arash Ku pada hari yang tiada bayang-bayang melainkan bayang-bayang Ku dan makan oleh mu daripada buah-buahan Syurga Ku dan minum oleh mu daripada Air Kausar dan mandi oleh mu daripada Air Salsabil maka bahawasanya engkau hamba Ku dan Aku Tuhan engkau.   Dan iaitu inilah ayat nya  : -

"Bismillahirohmanirohim.   Alhamdulillahil lazi kholaqos samaawaati wal ardho waja 'alaz zulumaati wan nuur.   Summal laziina kafaru birobbihim ya'adiluun.  Huwal lazii kholaqokum min tiin.   Summa qodhoo ajalan wa ajalun musamma 'indahu summa antum tamtaruun.. wahuwallahu  fis samaawaati wafil ardhi ya'alamu sirrokum wajahrokum waya'alamu maa taksibuun".

Alam Nashroh

FADHILAT SURAH ALAM NASHROH


Setengah daripada khasiat surah Alam Nashroh bahawasanya barang siapa mengekali (istiqomah) membaca akan dia mengiringi (selepas) sembahyang lima waktu nescaya dimudahkan Allah Taala akan pekerjaannya dan direzki akan dia daripada sekira-kira tiada dapat dikira-kira akan dia. 

Kata setengah ulama bahawasanya membaca akan dia itu memudahkan rezeki dan membukakan dada dan menghilangkan kepayahan pada segala pekerjaannya  dan membanyakkan bagi orang yang ghalib atasnya segan pada mengerjakan taat dan hampa pada pekerjaan kehidupan apabila mengekali membaca akan dia dan setengah khasiatnya bagi menunaikan hajat.   

Bahawasanya barangsiapa sukar atasnya pekerjaan dunia atau akhirat maka hendaklah ia sembahyang dua rakaat kemudian duduk berhadapan kiblat dan berhadap hatinya kepada Allah Taala dan membaca ia akan surah Alam Nashroh (152) kali kemudian meminta ia akan Allah Taala akan hajatnya nescaya ditunaikan hajatnya dengan izin Allah Taala.  

Dan setengah daripada khasiatnya bagi hafaz.  Kata setengah daripada orang yang Arifin  bahawasanya barangsiapa payah dan sukar menghafazkan sesuatu maka hendaklah disurah akan dia  sekeliannya  dan dihapuskan dia dengan air dan diminum akan dia nescaya mudahlah atasnya hafaz dengan berkat surah itu.   

Dan setengah daripada khasiatnya barangsiapa menyurah akan dia pada bijana(mangkuk putih) dan dihapuskan dia dengan air mawar dan diminum akan dia nescaya hilang dukacitanya dan kesusahannya dan terkejutnya dan ketakutannya.  InsyaAllah Taala.

Ayat Kursi

(Lagi...) FADHILAT AYAT KURSI

Berkata Imam Al Kafwi bahawasanya barangsiapa membaca ayat Kursi sebelum memulakan pekerjaannya dengan niat memudahkan pekerjaannya itu nescaya dimudahkan oleh Allah Taala pekerjaannya.

Telah berkata Imam Ghazali daripada Ibnu Qotibah bahawasanya telah mengkhabarkan aku oleh seorang Sheikh daripada Bani Ka'ab katanya : Aku masuk ke negeri Bashrah kerana menjual tamar.   Maka tiada mendapat aku tempat melainkan sebuah rumah yang buruk yang dibuat sarang oleh labah-labah.  Aku berkata pada pemiliknya sewakan akan daku rumah engkau ini.  Maka katanya pelihara olihmu akan dirimu kerana ada dirumah itu akan Jin 'Afrit yang menghuni kediaman itu dan sedia membinasakan sesiapa yang mendiami rumah itu.   Apabila menjelang malam datang menghampiri ku satu lembaga yang hitam dan berapi kedua matanya,  lalu aku bacakan Ayatul Kursi...Lembaga itu mengikuti membaca setiap bacaanku.   Apabila sampai aku membaca 'Wala ya'uduhu hifzuhuma wahuwal 'aliyyul 'aziim'...Lembaga itu terus diam...aku ulang-ulang beberapa kali ayat terakhir itu..juga lembaga itu terus tidak kelihatan.  Aku pun tidur. Keesokan paginya aku terlihat akan abu kesan terbakar ditempat kulihat lembaga itu dan terdengar aku orang berkata telah terbakar Jin Afrit yang amat besar.   Maka aku kata dengan apa Jin itu terbakar..maka berkata ia dengan ayat terakhir daripada ayat Kursi yang ku bacakan itu..

Daripada Ibnu Abas r.a bahawasanya bersabda Nabi SAW : Bahawasanya Nabi Musa Bin Imron bertanya kepada  Jibrail a.s : Apa pahala bagi orang yang membaca Ayatul Kursi. Maka jawab Jibrail : Tiada terhingga akan pahalanya.   Kemudian bertanya lagi pada pertemuan yang lain,  maka jawab Jibrail : Tuhan engkau berfirman barangsiapa membaca setiap selepas sholat lima waktu : -

'Allahumma inni uqoddimu ilaika baina yadai kulli nafsin walamhatin walahzotin wathorfatin yathrifu biha ahlus samaawaati wa ahlul ardhi wakullu syai'in huwa fii 'ilmika kaa inun awqod kaana uqoddimu ilaika baina yadai zaalika kullihillahu la ilaha illa huwal haiyul qoiyum...hingga akhir ayat Kursi....maka bahawasanya malam dan siang itu 24 saat tiada padanya satu saat melainkan naik kepada ku daripadanya 70,000 kebajikan hingga ditiup sangkakala...  

Dalam riwayat yang lain..seseorang telah melihat ia didalam tidurnya beberapa perkara yang menakuti dan mengejutkan.  Maka mengadu ia pada orang Sholihin dan berkata orang Sholihin itu..Sebelum tidur,  amalkanlah membaca 'A'uzubillahi minas syaithonir rojiim'...sebanyak 3 kali..dan bacalah olehmu ayat Kursi sebanyak 3 kali...dan ketika sampai diayat terakhir..'Wala ya'uduhu hifzuhuma wa huwal aliyyul aziim'...ulang-ulangkan sebanyak 3 kali...  Maka diperbuatlah sebagaimana yang disuruh itu dan sentosa ia selama tidurnya.

Setengah daripada khasiatnya adalah bagi membakar Jin dan Syaitan.  Maka bang (azan) olehmu pada telinga yang kanan sebanyak 7 kali dan bacakan Al Fatehah,  Surah Al Falaq,  surah An Nas,  ayat Kursi, surah Was Shoffat dan akhir surah Al Hisyr iaitu 'Lau anzalna haazal qur'an..hingga akhirnya dan surah 'Wassamaa'i watthoriq... Maka bahawasanya terbakarlah Jin itu seolah-olah ia didalam api.

Setengah daripada khasiatnya..apabila berada didalam kecemasan dan ketakutan..duduklah kamu diatas tanah dengan diikuti dibelakang orang yang beserta kamu..lalu garis pada tanah membuat lingkungan dan bacalah Ayatul Kursi sebanyak 7 kali dan baca pula....

'Wala ya'uduhu hifzuhuma wahuwal 'aliyyul aziim. Wahifzon min kulli syaithonin maaridin wahifzon zaalika taqdirul 'azizil 'aliim wahafiznaaha min kulli syaithoonir roojim.  Inna nahnu nazzalnaz zikro wa innalahu lahafizuun lahu mu'aqqibatun min baini yadaihi wamin kholfihi yahfazuunahu min amrillahi.  Allahu hafiizun 'alaihim wama anta 'alaihim  biwakiilin in kullu nafsin lamma 'alaiha haafizun bal huwa qur'aanun majiid fi lawhin  mahfuuzin fa in tawallau faqul hasbiyallahu la ilaaha huwa 'alaihi tawakkaltu wahuwa robbul 'arsyil 'aziim.  Ya hafiizu yaa hafiizu yaa hafiizu ya haafizu ihfaznaa.  Allahummah rusnaa bi'ainikal latii laa tanaamu waknufnaa bikanafikal lazii laa yuroomu ya allahu ya allahu ya allahu ya robbal 'alamiin'.

Kemudian maka kamu dan orang yang beserta kamu diam dan jangan berkata-kata.  Jika datang Jin atau seteru kamu,  izin Allah Taala tidak akan melihat kamu dan orang yang beserta kamu dan tiada mudharat dan tiada menyakiti akan kamu..disembunyikan akan kamu oleh Allah Taala.  Wallahu 'ala kulli syai'in qodiir.

Khasiatnya lagi..Apabila hendak mengadap orang-orang yang keras hati...hakim yang zalim..bacalah olehmu ayat Kursi dan kemudian bacakan : -

'Ya haiyu ya qoyyuum ya badi'as samaawaati wal ardhi ya zal jalali wal ikrom as aluka bihaqqi  haazihil ayatil kariimati wamaa fiihaa minal asma'il 'aziimati an tuljima faahu watukhrisa lisaanahu hatta laa yantiqu illa bikhoirin awyashmuta khoiruka yaa haazaa baina yadaika wasyarruka tahta qodamaika'.

Kemudian masuklah mengadap mereka.  Dengan izin Allah Taala terbungkam lah mulut mereka dan tiada dapat memudharatkan mereka akan kita.

Jika takut akan seseorang yang hendak memudharatkan,  sembahyang lah dua rakaat selepas solat waktu Maghrib..bacalah Fatehah dan ayat Kursi pada tiap rakaat tersebut dan pada sujud yang akhir bacalah ayat Kursi 3 kali dengan mengulang ayat terakhir sebanyak 3 kali dan pada pertengahannya bacalah : -
'Allahumma hul baini wabaina ...polan bin polan... kamaa hulta bainas samaa'i wal ardhi waljim faahu 'anni kamaa aljamtas sibaa'a 'an daaniyaalin 'alaihis salaamu bihaqqi hazihil asmaa'is syariifati'..  Maka sentosa daripada kejahatan mereka.  Dibungkam oleh Allah Taala akan mulutnya daripada engkau sehingga tiada berkata-kata melainkan perkataan kebajikan sahaja.

Nabi SAW bersabda : Bermula yang terlebih besar ayat pada Quran adalah Ayat Kursi.  Dan sabdanya barangsiapa membaca Ayat Kursi setiap selepas sembahyang nercaya tiada menegah akan dia daripada masuk Syurga melainkan mati yakni melainkan ketiadaan mati kerana mati itu sebab bagi masuk Syurga.  Apabila tiada sebab tiada dapat mensebab.  Wallahu aalam...

Kata Ibni Abas r.a bertanya Nabi SAW akan Jibrail a.s daripada pahala ayat Kursi maka berkata ia tatkala menjadikan Allah Taala akan bumi bergerak-gerak ia.  Maka menyuruh Allah Taala kepadanya akan 70,000 malaikat supaya memegang mereka itu akan dia maka tiada kuasa mereka itu.  Maka menyuruh pula Allah Taala akan 70,000 malaikat  maka tiada kuasa mereka itu.   Maka menyuruh lagi Allah Taala akan 70,000 malaikat maka tiada kuasa mereka itu. Maka menjadikan Allah Taala akan Jabal Qof  dan diliputi akan dia dengan dunia dan menjadikan Allah Taala dikelilingnya  440 bukit maka tiada tetap ia.  Maka disurat diatasnya akan Ayat Kursi maka tetaplah ia.  Maka barangsiapa membaca akan Ayat Kursi maka baginya daripada pahala seberat Jabal Qof dan seberat segala bukit itu dan baginya pahala seumpama tasbih sekelian malaikat itu dan tatkala menjadikan Allah Taala akan matahari dan bulan menyuruh ia akan 70,000 malaikat  bahawa menarik mereka itu akan keduanya maka lemah mereka itu kemudian menyuruh mereka akan 70,000 pula malaikat maka lemah pula mereka itu kemudian menyuruh lagi ia akan 70,000 pula maka lemah mereka itu.   Maka disurat akan keduanya akan Ayat Kursi  maka bergeraklah keduanya dan berpusing keduanya dengan Qudrat Allah Taala.   Maka barangsiapa membaca akan Ayat Kursi maka baginya daripada sebilang-bilang malaikat itu dan sebilang-bilang tiap-tiap tiap-tiap suatu yang naik atasnya oleh matahari dan bulan dan telah berkata ia didalam kitab Al 'Araa'is menjadikan Allah Taala akan Ayat Kursi itu aman bagi Ahli Iman daripada syaitan. 



Thursday, 13 December 2012

Ayat Kursi

FADHILAT AYAT KURSI

Ayat Kursi mengandungi (170) huruf,  (50) kalimah dan (7) ayat.

Riwayat daripada Abi Hurairah r.a,  bersabda  Nabi SAW : Barangsiapa membaca Ayat Kursi ketika keluar daripada rumah kediamannya,  dibangkitkan oleh Allah Taala 70,000 Malaikat mendoakan,   meminta ampun bagi mereka, ditunaikan hajatnya  dan dilindungi mereka daripada tiap-tiap penyakit dan kebinasaan daripada Jin dan Manusia serta tiap-tiap apa yang ditakutinya.

Sabda Nabi SAW : Barangsiapa kembali kerumah kediamannya maka membaca Ayatul Kursi nescaya ditinggalkan oleh Allah Taala akan kepapaannya daripada dua matanya.  

Setengah daripada khasiatnya adalah bagi menghasilkan berkat dan bertambahan.  Bacakan Ayat Kursi sebanyak 313 kali pada makanan berupa beras atau gandum,  nescaya berkat dan bertambah lah makanannya.   Begitu juga jika dibacakan keatas wang,  maka akan berkat dan bertambahlah wangnya.

Jika dibaca tatkala dukacita atau kesusahan,  nescaya ditolong ia oleh Allah Taala.  Dalam satu riwayat seorang musafir tatkala berjalan seorang dirinya terserempak ia dengan seekor harimau,  lalu membaca ia akan Ayat Kursi.  Serta-merta harimau tersebut berpaling lari daripanya.

Dalam satu riwayat juga,  Nabi SAW mengamalkan membaca Ayatul Kursi sebanyak 7 kali dan dijadikan kota bagi dirinya. 6 kali  dibacakan kepada setiap pihak iaitu Depan,  Belakang,  Kiri,  Kanan,  Atas dan pihak Bawah.   Manakala yang ke 7 dimesrakan kedalam dirinya.  Insyaallah selamat dari segala ancaman kebinasaan.

Seorang saudagar musafir yang membawa bersama banyak harta dagangannya telah mengamalkan membaca Ayatul Kursi sebanyak 7 kali dengan niat dijadikan kota setiap kali berhenti bermalam di padang pasir..  Tatkala datang penyamun hendak merompak hartanya, terlihat ia akan suatu kota yang amat kukuh sehinggalah saudagar itu berpindah.  Penyamun terus mengikuti saudagar selama 3 malam tetapi masih gagal merompak saudagar kerana terlihat ia akan suatu kota yang amat kukuh melindungi saudagar tersebut.  Maka bertanya penyamun itu kepada saudagar tersebut apakah kelebihannya.  Lalu dijawab oleh saugadar itu ia mengamalkan membaca Auatul Kursi sebanyak 7 kali dengan niat menjadikan kota perlindungannya.  Maka terpelihara ia akan Allah Taala dengan berkat Ayatul Kursi.

Kata Sheikh Al Buni barangsiapa takut akan datang bala dan seteru,  bacakan Ayat Kursi sebanyak jumlah Kalimahnya (50) atau sebanyak bilangan hurufnya (170),  nescaya tiada memberi mudharat kepadanya.  Apabila didalam ketakutan,  buatkan satu garisan bulatan dan bacakan Ayat Kursi, Insyaallah tidak terlihat musuh akan diri kita dengan izin Allah SWT.

Sabda Nabi SAW kepada Saidina Ali Bin Abi Talib apabila engkau berkehendak kepada sesuatu hajat,  bacalah Ayat Kursi dan mulakan langkah perjalanan dengan kaki kanan.  Insyaallah tercapai segala hajat.

Selawat Utama ..Tafrijiah

SELAWAT TAFRIJIAH
Selawat ini dipanggil juga Selawat Nariah.  Dibangsakan selawat ini kepada Zainal Abidin iaitu Ali Bin Husin Bin Ali Bn Abi Talib r.a.  Maka selawat ini sangat banyak khasiatnya kata Imam Al Dainuri barangsiapa membaca selawat ini tiap-tiap lepas sembahyang waktu sebanyak (11) kali  dan dijadikan wirid nescaya tiada terputus rezekinya.   Barangsiapa mengekali (istiqomah)membaca selawat ini setiap selepas sholat Subuh sebanyak (41) kali setiap hari,  nescaya tercapai apa yang dikehendakinya.  Barangsiapa mengekali membacanya sebanyak (100) kali setiap hari nescaya tercapai segala hajatnya.  Barangsiapa mengekali membaca setiap hari sebanyak (313) kali bagi membukakan rahsia nescaya melihat ia akan yang dikehendakinya dan barangsiapa mengekali membaca sebanyak (1,000) kali setiap hari nescaya mendapat ia akan barang yang dihajatinya dan melihat ia akan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata, tiada mendengar oleh telinga dan tiada terlintas pada hatinya.
         
           Berkata Imam Al Qurtubi barangsiapa mengekali membaca selawat ini setiap hari (41) kali atau (100) kali atau lebih nescaya diangkat oleh Allah Taala akan dukacitanya dan mudharatnya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan baginya segala pintu kebajikan,  diluluskan perkataannya, terhindar dari papa, dikasihi sekelian manusia dan tercapai segala hajatnya.

          Barangsiapa mempunyai hajat yang besar atau hendak menolakkan bala yang datang, hendaklah membaca selawat ini sebanyak (4,444) kali dan memohon restu nabi yang mempunyai kemegahan yang besar dan berdoa ia nescaya diqabulkan maksudnya.  Insyaallah Taala...

         Berkata Sidi Muhammad Haqi..telah aku ajarkan selawat ini kepada seorang perempuan yang telah buta matanya selama 25 tahun.  Maka membaca perempuan itu akan selawat ini dengan sempurna bilangan yang tersebut itu didalam (8) hari maka terbuka matanya...Wallahu ala kulli syai'in qodiir..

" Allahumma sholli sholaatan kamilatan wasallim salaaman taamman 'ala saidina muhammadinil lazi tanhal lu bihil 'uqodu watanfariju bihil qurobu wa tuqdho bihil hawaa iju watunalu bihir rogho ibu wahusnul khowatimi wayustasqol ghomaamu biwajhihil kariimi wa ala alihi wasohbihi fi kulli lamhatin wanafasin bi'adadi ma'alumin lak"

Selawat Utama...Munjiat

SELAWAT MUNJIAT  adalah selawat yang amat besar faedahnya jika diamalkan dengan bersungguh-sungguh.  Barangsiapa yang mempunyai hajat,  bacalah Selawat ini sebanyak 1,000 kali ditengah malam kemudian memohon kepada Allah SWT barang yang dikehendaki samada berkaitan dunia dan akhirat.  Nescaya ditunaikan Allah SWT apa yang dihajati dengan segera dan terlebih pantas dari kilat yang menyambar. 

 " Allahumma sholli washallim ala saidina Muhammadin sholaatan tunjina biha min jami'il ahwaali wal aafat wataqdhilana biha min jami'il haajat watutoh hiruuna biha min jami'is syai'at watarfa'una biha 'indaka a'alad darojat watubal lighuna biha aqshol ghoyaat min jami'il khoirooti fil hayaati wa ba'adal mamat wa 'ala alihi wasohbihi wasallim tasliiman kasiron birohmatika ya arhamar roohimiin".