Friday, 14 December 2012

Alam Nashroh

FADHILAT SURAH ALAM NASHROH


Setengah daripada khasiat surah Alam Nashroh bahawasanya barang siapa mengekali (istiqomah) membaca akan dia mengiringi (selepas) sembahyang lima waktu nescaya dimudahkan Allah Taala akan pekerjaannya dan direzki akan dia daripada sekira-kira tiada dapat dikira-kira akan dia. 

Kata setengah ulama bahawasanya membaca akan dia itu memudahkan rezeki dan membukakan dada dan menghilangkan kepayahan pada segala pekerjaannya  dan membanyakkan bagi orang yang ghalib atasnya segan pada mengerjakan taat dan hampa pada pekerjaan kehidupan apabila mengekali membaca akan dia dan setengah khasiatnya bagi menunaikan hajat.   

Bahawasanya barangsiapa sukar atasnya pekerjaan dunia atau akhirat maka hendaklah ia sembahyang dua rakaat kemudian duduk berhadapan kiblat dan berhadap hatinya kepada Allah Taala dan membaca ia akan surah Alam Nashroh (152) kali kemudian meminta ia akan Allah Taala akan hajatnya nescaya ditunaikan hajatnya dengan izin Allah Taala.  

Dan setengah daripada khasiatnya bagi hafaz.  Kata setengah daripada orang yang Arifin  bahawasanya barangsiapa payah dan sukar menghafazkan sesuatu maka hendaklah disurah akan dia  sekeliannya  dan dihapuskan dia dengan air dan diminum akan dia nescaya mudahlah atasnya hafaz dengan berkat surah itu.   

Dan setengah daripada khasiatnya barangsiapa menyurah akan dia pada bijana(mangkuk putih) dan dihapuskan dia dengan air mawar dan diminum akan dia nescaya hilang dukacitanya dan kesusahannya dan terkejutnya dan ketakutannya.  InsyaAllah Taala.

No comments:

Post a Comment