(Lagi...) FADHILAT AYAT KURSI
Berkata Imam Al Kafwi bahawasanya barangsiapa membaca ayat Kursi sebelum memulakan pekerjaannya dengan niat memudahkan pekerjaannya itu nescaya dimudahkan oleh Allah Taala pekerjaannya.
Telah berkata Imam Ghazali daripada Ibnu Qotibah bahawasanya telah mengkhabarkan aku oleh seorang Sheikh daripada Bani Ka'ab katanya : Aku masuk ke negeri Bashrah kerana menjual tamar. Maka tiada mendapat aku tempat melainkan sebuah rumah yang buruk yang dibuat sarang oleh labah-labah. Aku berkata pada pemiliknya sewakan akan daku rumah engkau ini. Maka katanya pelihara olihmu akan dirimu kerana ada dirumah itu akan Jin 'Afrit yang menghuni kediaman itu dan sedia membinasakan sesiapa yang mendiami rumah itu. Apabila menjelang malam datang menghampiri ku satu lembaga yang hitam dan berapi kedua matanya, lalu aku bacakan Ayatul Kursi...Lembaga itu mengikuti membaca setiap bacaanku. Apabila sampai aku membaca 'Wala ya'uduhu hifzuhuma wahuwal 'aliyyul 'aziim'...Lembaga itu terus diam...aku ulang-ulang beberapa kali ayat terakhir itu..juga lembaga itu terus tidak kelihatan. Aku pun tidur. Keesokan paginya aku terlihat akan abu kesan terbakar ditempat kulihat lembaga itu dan terdengar aku orang berkata telah terbakar Jin Afrit yang amat besar. Maka aku kata dengan apa Jin itu terbakar..maka berkata ia dengan ayat terakhir daripada ayat Kursi yang ku bacakan itu..
Daripada Ibnu Abas r.a bahawasanya bersabda Nabi SAW : Bahawasanya Nabi Musa Bin Imron bertanya kepada Jibrail a.s : Apa pahala bagi orang yang membaca Ayatul Kursi. Maka jawab Jibrail : Tiada terhingga akan pahalanya. Kemudian bertanya lagi pada pertemuan yang lain, maka jawab Jibrail : Tuhan engkau berfirman barangsiapa membaca setiap selepas sholat lima waktu : -
'Allahumma inni uqoddimu ilaika baina yadai kulli nafsin walamhatin walahzotin wathorfatin yathrifu biha ahlus samaawaati wa ahlul ardhi wakullu syai'in huwa fii 'ilmika kaa inun awqod kaana uqoddimu ilaika baina yadai zaalika kullihillahu la ilaha illa huwal haiyul qoiyum...hingga akhir ayat Kursi....maka bahawasanya malam dan siang itu 24 saat tiada padanya satu saat melainkan naik kepada ku daripadanya 70,000 kebajikan hingga ditiup sangkakala...
Dalam riwayat yang lain..seseorang telah melihat ia didalam tidurnya beberapa perkara yang menakuti dan mengejutkan. Maka mengadu ia pada orang Sholihin dan berkata orang Sholihin itu..Sebelum tidur, amalkanlah membaca 'A'uzubillahi minas syaithonir rojiim'...sebanyak 3 kali..dan bacalah olehmu ayat Kursi sebanyak 3 kali...dan ketika sampai diayat terakhir..'Wala ya'uduhu hifzuhuma wa huwal aliyyul aziim'...ulang-ulangkan sebanyak 3 kali... Maka diperbuatlah sebagaimana yang disuruh itu dan sentosa ia selama tidurnya.
Setengah daripada khasiatnya adalah bagi membakar Jin dan Syaitan. Maka bang (azan) olehmu pada telinga yang kanan sebanyak 7 kali dan bacakan Al Fatehah, Surah Al Falaq, surah An Nas, ayat Kursi, surah Was Shoffat dan akhir surah Al Hisyr iaitu 'Lau anzalna haazal qur'an..hingga akhirnya dan surah 'Wassamaa'i watthoriq... Maka bahawasanya terbakarlah Jin itu seolah-olah ia didalam api.
Setengah daripada khasiatnya..apabila berada didalam kecemasan dan ketakutan..duduklah kamu diatas tanah dengan diikuti dibelakang orang yang beserta kamu..lalu garis pada tanah membuat lingkungan dan bacalah Ayatul Kursi sebanyak 7 kali dan baca pula....
'Wala ya'uduhu hifzuhuma wahuwal 'aliyyul aziim. Wahifzon min kulli syaithonin maaridin wahifzon zaalika taqdirul 'azizil 'aliim wahafiznaaha min kulli syaithoonir roojim. Inna nahnu nazzalnaz zikro wa innalahu lahafizuun lahu mu'aqqibatun min baini yadaihi wamin kholfihi yahfazuunahu min amrillahi. Allahu hafiizun 'alaihim wama anta 'alaihim biwakiilin in kullu nafsin lamma 'alaiha haafizun bal huwa qur'aanun majiid fi lawhin mahfuuzin fa in tawallau faqul hasbiyallahu la ilaaha huwa 'alaihi tawakkaltu wahuwa robbul 'arsyil 'aziim. Ya hafiizu yaa hafiizu yaa hafiizu ya haafizu ihfaznaa. Allahummah rusnaa bi'ainikal latii laa tanaamu waknufnaa bikanafikal lazii laa yuroomu ya allahu ya allahu ya allahu ya robbal 'alamiin'.
Kemudian maka kamu dan orang yang beserta kamu diam dan jangan berkata-kata. Jika datang Jin atau seteru kamu, izin Allah Taala tidak akan melihat kamu dan orang yang beserta kamu dan tiada mudharat dan tiada menyakiti akan kamu..disembunyikan akan kamu oleh Allah Taala. Wallahu 'ala kulli syai'in qodiir.
Khasiatnya lagi..Apabila hendak mengadap orang-orang yang keras hati...hakim yang zalim..bacalah olehmu ayat Kursi dan kemudian bacakan : -
'Ya haiyu ya qoyyuum ya badi'as samaawaati wal ardhi ya zal jalali wal ikrom as aluka bihaqqi haazihil ayatil kariimati wamaa fiihaa minal asma'il 'aziimati an tuljima faahu watukhrisa lisaanahu hatta laa yantiqu illa bikhoirin awyashmuta khoiruka yaa haazaa baina yadaika wasyarruka tahta qodamaika'.
Kemudian masuklah mengadap mereka. Dengan izin Allah Taala terbungkam lah mulut mereka dan tiada dapat memudharatkan mereka akan kita.
Jika takut akan seseorang yang hendak memudharatkan, sembahyang lah dua rakaat selepas solat waktu Maghrib..bacalah Fatehah dan ayat Kursi pada tiap rakaat tersebut dan pada sujud yang akhir bacalah ayat Kursi 3 kali dengan mengulang ayat terakhir sebanyak 3 kali dan pada pertengahannya bacalah : -
'Allahumma hul baini wabaina ...polan bin polan... kamaa hulta bainas samaa'i wal ardhi waljim faahu 'anni kamaa aljamtas sibaa'a 'an daaniyaalin 'alaihis salaamu bihaqqi hazihil asmaa'is syariifati'.. Maka sentosa daripada kejahatan mereka. Dibungkam oleh Allah Taala akan mulutnya daripada engkau sehingga tiada berkata-kata melainkan perkataan kebajikan sahaja.
Nabi SAW bersabda : Bermula yang terlebih besar ayat pada Quran adalah Ayat Kursi. Dan sabdanya barangsiapa membaca Ayat Kursi setiap selepas sembahyang nercaya tiada menegah akan dia daripada masuk Syurga melainkan mati yakni melainkan ketiadaan mati kerana mati itu sebab bagi masuk Syurga. Apabila tiada sebab tiada dapat mensebab. Wallahu aalam...
Kata Ibni Abas r.a bertanya Nabi SAW akan Jibrail a.s daripada pahala ayat Kursi maka berkata ia tatkala menjadikan Allah Taala akan bumi bergerak-gerak ia. Maka menyuruh Allah Taala kepadanya akan 70,000 malaikat supaya memegang mereka itu akan dia maka tiada kuasa mereka itu. Maka menyuruh pula Allah Taala akan 70,000 malaikat maka tiada kuasa mereka itu. Maka menyuruh lagi Allah Taala akan 70,000 malaikat maka tiada kuasa mereka itu. Maka menjadikan Allah Taala akan Jabal Qof dan diliputi akan dia dengan dunia dan menjadikan Allah Taala dikelilingnya 440 bukit maka tiada tetap ia. Maka disurat diatasnya akan Ayat Kursi maka tetaplah ia. Maka barangsiapa membaca akan Ayat Kursi maka baginya daripada pahala seberat Jabal Qof dan seberat segala bukit itu dan baginya pahala seumpama tasbih sekelian malaikat itu dan tatkala menjadikan Allah Taala akan matahari dan bulan menyuruh ia akan 70,000 malaikat bahawa menarik mereka itu akan keduanya maka lemah mereka itu kemudian menyuruh mereka akan 70,000 pula malaikat maka lemah pula mereka itu kemudian menyuruh lagi ia akan 70,000 pula maka lemah mereka itu. Maka disurat akan keduanya akan Ayat Kursi maka bergeraklah keduanya dan berpusing keduanya dengan Qudrat Allah Taala. Maka barangsiapa membaca akan Ayat Kursi maka baginya daripada sebilang-bilang malaikat itu dan sebilang-bilang tiap-tiap tiap-tiap suatu yang naik atasnya oleh matahari dan bulan dan telah berkata ia didalam kitab Al 'Araa'is menjadikan Allah Taala akan Ayat Kursi itu aman bagi Ahli Iman daripada syaitan.
Terimakasih pak...qobiltu
ReplyDelete