Thursday, 13 December 2012

Selawat Utama ..Tafrijiah

SELAWAT TAFRIJIAH
Selawat ini dipanggil juga Selawat Nariah.  Dibangsakan selawat ini kepada Zainal Abidin iaitu Ali Bin Husin Bin Ali Bn Abi Talib r.a.  Maka selawat ini sangat banyak khasiatnya kata Imam Al Dainuri barangsiapa membaca selawat ini tiap-tiap lepas sembahyang waktu sebanyak (11) kali  dan dijadikan wirid nescaya tiada terputus rezekinya.   Barangsiapa mengekali (istiqomah)membaca selawat ini setiap selepas sholat Subuh sebanyak (41) kali setiap hari,  nescaya tercapai apa yang dikehendakinya.  Barangsiapa mengekali membacanya sebanyak (100) kali setiap hari nescaya tercapai segala hajatnya.  Barangsiapa mengekali membaca setiap hari sebanyak (313) kali bagi membukakan rahsia nescaya melihat ia akan yang dikehendakinya dan barangsiapa mengekali membaca sebanyak (1,000) kali setiap hari nescaya mendapat ia akan barang yang dihajatinya dan melihat ia akan perkara-perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata, tiada mendengar oleh telinga dan tiada terlintas pada hatinya.
         
           Berkata Imam Al Qurtubi barangsiapa mengekali membaca selawat ini setiap hari (41) kali atau (100) kali atau lebih nescaya diangkat oleh Allah Taala akan dukacitanya dan mudharatnya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan baginya segala pintu kebajikan,  diluluskan perkataannya, terhindar dari papa, dikasihi sekelian manusia dan tercapai segala hajatnya.

          Barangsiapa mempunyai hajat yang besar atau hendak menolakkan bala yang datang, hendaklah membaca selawat ini sebanyak (4,444) kali dan memohon restu nabi yang mempunyai kemegahan yang besar dan berdoa ia nescaya diqabulkan maksudnya.  Insyaallah Taala...

         Berkata Sidi Muhammad Haqi..telah aku ajarkan selawat ini kepada seorang perempuan yang telah buta matanya selama 25 tahun.  Maka membaca perempuan itu akan selawat ini dengan sempurna bilangan yang tersebut itu didalam (8) hari maka terbuka matanya...Wallahu ala kulli syai'in qodiir..

" Allahumma sholli sholaatan kamilatan wasallim salaaman taamman 'ala saidina muhammadinil lazi tanhal lu bihil 'uqodu watanfariju bihil qurobu wa tuqdho bihil hawaa iju watunalu bihir rogho ibu wahusnul khowatimi wayustasqol ghomaamu biwajhihil kariimi wa ala alihi wasohbihi fi kulli lamhatin wanafasin bi'adadi ma'alumin lak"

No comments:

Post a Comment