Ayat Kursi mengandungi (170) huruf, (50) kalimah dan (7) ayat.
Riwayat daripada Abi Hurairah r.a, bersabda Nabi SAW : Barangsiapa membaca Ayat Kursi ketika keluar daripada rumah kediamannya, dibangkitkan oleh Allah Taala 70,000 Malaikat mendoakan, meminta ampun bagi mereka, ditunaikan hajatnya dan dilindungi mereka daripada tiap-tiap penyakit dan kebinasaan daripada Jin dan Manusia serta tiap-tiap apa yang ditakutinya.
Sabda Nabi SAW : Barangsiapa kembali kerumah kediamannya maka membaca Ayatul Kursi nescaya ditinggalkan oleh Allah Taala akan kepapaannya daripada dua matanya.
Setengah daripada khasiatnya adalah bagi menghasilkan berkat dan bertambahan. Bacakan Ayat Kursi sebanyak 313 kali pada makanan berupa beras atau gandum, nescaya berkat dan bertambah lah makanannya. Begitu juga jika dibacakan keatas wang, maka akan berkat dan bertambahlah wangnya.
Jika dibaca tatkala dukacita atau kesusahan, nescaya ditolong ia oleh Allah Taala. Dalam satu riwayat seorang musafir tatkala berjalan seorang dirinya terserempak ia dengan seekor harimau, lalu membaca ia akan Ayat Kursi. Serta-merta harimau tersebut berpaling lari daripanya.
Dalam satu riwayat juga, Nabi SAW mengamalkan membaca Ayatul Kursi sebanyak 7 kali dan dijadikan kota bagi dirinya. 6 kali dibacakan kepada setiap pihak iaitu Depan, Belakang, Kiri, Kanan, Atas dan pihak Bawah. Manakala yang ke 7 dimesrakan kedalam dirinya. Insyaallah selamat dari segala ancaman kebinasaan.
Seorang saudagar musafir yang membawa bersama banyak harta dagangannya telah mengamalkan membaca Ayatul Kursi sebanyak 7 kali dengan niat dijadikan kota setiap kali berhenti bermalam di padang pasir.. Tatkala datang penyamun hendak merompak hartanya, terlihat ia akan suatu kota yang amat kukuh sehinggalah saudagar itu berpindah. Penyamun terus mengikuti saudagar selama 3 malam tetapi masih gagal merompak saudagar kerana terlihat ia akan suatu kota yang amat kukuh melindungi saudagar tersebut. Maka bertanya penyamun itu kepada saudagar tersebut apakah kelebihannya. Lalu dijawab oleh saugadar itu ia mengamalkan membaca Auatul Kursi sebanyak 7 kali dengan niat menjadikan kota perlindungannya. Maka terpelihara ia akan Allah Taala dengan berkat Ayatul Kursi.
Kata Sheikh Al Buni barangsiapa takut akan datang bala dan seteru, bacakan Ayat Kursi sebanyak jumlah Kalimahnya (50) atau sebanyak bilangan hurufnya (170), nescaya tiada memberi mudharat kepadanya. Apabila didalam ketakutan, buatkan satu garisan bulatan dan bacakan Ayat Kursi, Insyaallah tidak terlihat musuh akan diri kita dengan izin Allah SWT.
Sabda Nabi SAW kepada Saidina Ali Bin Abi Talib apabila engkau berkehendak kepada sesuatu hajat, bacalah Ayat Kursi dan mulakan langkah perjalanan dengan kaki kanan. Insyaallah tercapai segala hajat.
No comments:
Post a Comment