Riwayat daripada Jabir r.a daripada Nabi SAW bersabda ia : Barangsiapa membaca tiga(3) ayat daripada awal Surah An-'Am nescaya mewakil Allah Taala baginya empat puloh(40) Malaikat menyurat mereka itu baginya pahala seumpama ibadat mereka itu hingga hari Kiamat dan turun Malaikat daripada langit yang ketujoh(7) dan ada sertanya cemeti pemukul daripada besi. Maka apabila berkehendak syaitan mewas-was akan dia atau hendak mencampak pada hatinya sesuatu, maka dipukulnya akan dia dengan cemeti itu maka jadilah antaranya dengan syaitan itu tujoh puloh(70) hijab maka adalah pada hari Kiamat firman Allah Taala baginya berjalan oleh mu pada bayang-bayang Ku yakni bayang-bayang Arash Ku pada hari yang tiada bayang-bayang melainkan bayang-bayang Ku dan makan oleh mu daripada buah-buahan Syurga Ku dan minum oleh mu daripada Air Kausar dan mandi oleh mu daripada Air Salsabil maka bahawasanya engkau hamba Ku dan Aku Tuhan engkau. Dan iaitu inilah ayat nya : -
"Bismillahirohmanirohim. Alhamdulillahil lazi kholaqos samaawaati wal ardho waja 'alaz zulumaati wan nuur. Summal laziina kafaru birobbihim ya'adiluun. Huwal lazii kholaqokum min tiin. Summa qodhoo ajalan wa ajalun musamma 'indahu summa antum tamtaruun.. wahuwallahu fis samaawaati wafil ardhi ya'alamu sirrokum wajahrokum waya'alamu maa taksibuun".
No comments:
Post a Comment